BUAT KERJA SEKOLAH DENGAN EJEN ALI
Saya guna teknik Ejen Ali untuk bantu anak saya yang berumur 4 tahun untuk siapkan kerja sekolah, 4 muka surat yang biasanya ambil masa 2 hari, siap dalam masa 20 minit.
Ya, saya pun bukan seorang yang sangat bersetuju dengan kerja sekolah pada usia seawal 4-5 tahun. Namun saya melihatnya lebih kepada latihan dan bukan sesuatu yang menjadi prioriti. Namun, bila setiap kali aktiviti membuat kerja sekolah menjadi 'perang kecil' anak-anak vs ibubapa, sudah tentu ia akan memberi kesan negatif terhadap minat anak-anak terhadap proses pembelajaran.
Sesiapa yang ada anak bersekolah, tentu tahu cabaran untuk anak-anak menyiapkan kerja sekolah. 'Software' buat kerja sekolah biasanya memang belum 'install' lagi pada usia 4-7 tahun.
Apa itu teknik 'Ejen Ali'?
Sebenarnya ia bukanlah teknik yang kompleks. Ia sebenarnya aplikasi saya berdasarkan teknik 'encouragement' dan 'making school work fun'. Cuma saya gunakan jalan cerita Ejen Ali untuk menggalakkan imaginasi anak saya.
Bila saya minta anak saya buat kerja sekolah, saya beri watak Ejen Ali kepada dia. "Abang jadi Ejen Ali, babah Ejen Bakar"
Juga ada watak 'orang jahat' (adiknya yang sebenarnya tak tahu apa-apa pun). Saya beri tugasan kepada ejen Ali dengan 'telefon jam' - Ejen Ali kena habiskan huruf U dan Y (tugasan sekolah) sebelum 'orang jahat' menawan kubu kita.
Tak kisah dia melompat, menyorok bawah meja, yang penting tugasan dia siap. Setiap baris huruf yang siap satu 'high five' - beri tenaga kepada ejen Ali. Bila minatnya mula 'down', saya bawa 'orang jahat' serang.
Hasilnya, 20 minit - siap!Main dapat, bonding dapat, kerja sekolah pun siap!
memang penat dan mengambil masa kita. Tapi ia jauh lebih mengujakan dari menjerit-jerit minta dia siapkan.
memang penat dan mengambil masa kita. Tapi ia jauh lebih mengujakan dari menjerit-jerit minta dia siapkan.
Teknik encouragement merupakan antara yang kita gunakan dalam terapi jurupulih carakerja. Cuma bila di rumah, ibubapa kena jadi kreatif untuk aplikasi berdasarkan suasana dan perkembangan anak-anak (plus, it's free).
Tulisan: Dr. Rozanizam Zakaria, seperti yang disiarkan di laman Facebooknya di Dr Rozanizam Zakaria – Dr Nizam’s TIPS
Facebook: Tadika Alif Ba Ta
No comments:
Post a Comment