Wednesday, 21 September 2016
The Good Dinosaur (2015)
BERANI
Satu kualiti yang mudah diungkapkan dengan kata-kata, tapi adakalanya amat sukar bila harus dibuktikan – samada bagi orang dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Sempena cuti persekolahan ini, kami ingin cadangkan filem The Good Dinosaur (2015). Filem penuh aksi dan transformasi, sesuai ditonton seisi keluarga.
Dengan tema kekeluargaan dan persahabatan manusia dan binatang, cerita ini mengisahkan pengembaraan watak utama Arlo, seekor dinosaur Apatosaurus dalam memahami dan membina keberanian dalam dirinya.
Satu kata-kata menarik dalam filem ini “If you ain’t scared, you ain’t alive”. Benarlah, ketakutan itu bukanlah sesuatu yang abnormal.
Daripada filem ini, kita akan belajar bahawa ketakutan mesti ditempuhi. Itulah keberanian.
Selamat menonton! :)
.
Berani : Modul WAJIB di Tadika Alif Ba Ta <3
Tadika Alif Ba Ta
Nurturing Excellence
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment