Assalamu'alaikum wbt
Tanpa kita sedari, ada sebahagian besar ibu bapa sekarang ini yang berhadapan dengan masalah anak berlebihan berat badan atau gemuk. Keadaan menjadi lebih sukar apabila anak yang kita sayangi bukan sahaja gemuk, tetapi sudah mencapai tahap obese (mengikut skala index BMI).
Sebagai ibu bapa dan guru, kita seharusnya sedar akan kesan negatif gemuk atau obes pada anak-anak kita. Cubalah cari di selautan rujukan sekalipun, pastinya
tidak akan ditemui kebaikan menjadi gemuk atau obes.
Antara kesan negatif gemuk atau obes ialah :
Selain itu, kanak-kanak yang gemuk atau obes juga berisiko menghadapi cabaran emosi dan mental kerana keadaan fizikal mereka. Dunia kesihatan global telah mencatatkan bagaimana kanak-kanak gemuk dan obes menghadapi masa kanak-kanak yang sukar kerana perasaan malu dan dibuli rakan sebaya kerana imej fizikal mereka. Keadaan menjadi lebih sukar apabila pengalaman buli mencetuskan penyakit kesihatan mental seperti tekanan (depression), bulimia dan anorexia.
Maka, ibu bapa dan para guru harus menjadikan isu berat badan sebagai aspek penting dalam perkembangan anak-anak. Memandangkan topik berat badan merupakan satu isu yang sensitif, bukan sahaja pada kanak-kanak bahkan pada semua lapisan masyarakat kerana salah cara menegur; oleh sebab itu, para ibu bapa dan guru harus bijak dalam menangani masalah ini.
Satu idea yang penulis ingin ketengahkan di sini ialah pendidikan melalui tayangan/tontonan filem seisi keluarga. Antara filem yang penulis ingin cadangkan ialah Thinspiration. Selain itu, terdapat pelbagai jenis video di Youtube yang boleh ditayangkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya:
Akhir kata, didik anak-anak supaya mereka bijak membuat pilihan pemakanan seharian. Cabaran yang mereka hadapi sangat besar. Tengok sahajalah jenis makanan dan portion makanan yang dihidangkan di kantin sekolah. Kanak-kanak zaman ini turut menghadapi cabaran zaman moden di mana mereka lebih suka menghabiskan masa indoor, berbanding outdoor - aktif!
Setakat itu sahaja perkongsian kali ini. Sudi-sudilah tinggalkan komen buat kami. Dan jangan lupa like
Tadika Alif Ba Ta Bertam :)